Saturday, July 31, 2010

Ikan?Bg kat Encik kucing je

Assalamualaikum wbt,

Sepanjang dua minggu ni aku asyik makan ayam+sayur jer.Bile dah bosan makan telur goreng,pastu daging jarang makan,ikan seminggu sekali pun susah.Haish memang tak seimbang.Nak buat macam mane aku memang tak suke makan ikan.Tapi kalau dah desperate baru la aku makan,tapi sikit je.Semalam aku rase macam cara pemakanan aku tak seimbang jer.Realitinya memang tak seimbang pun.Jadi aku pergi la amek lauk sayur kubis masak lemak ngan ikan nyok-nyok masak merah.

Cik Putt : tu ikan masak sweet sour la.
Aku : Bukan,masak merah.
Cik Putt : Sweet sour!
Aku : Masak merah jugak!

Aku cakap tu ikan masak merah sebab ikan tu tak rasa masam ngan manis pun.Pastu taruk kicap sikit.

Ni la ikan nyok-nyok.

Baru jer makan separuh aku dah rase lain macam,padahal nasi sikit je pun.memang ikan tu tak sesuai ngan tekak aku.Kalau kat rumah takde pulak jadi macam tu.Sebab kalau kat rumah aku selalu bagi ikan tu kat kucing belakang rumah.hehe.Aku boleh makan ikan keli(goreng) dengan ikan pari(panggang) jer.Padahal kalau nak dibandingkan kedua-dua ikan tu dengan ikan yang lain,dua-dua tu lagi hanyir kan?haha,pelik kan,aku pun tak faham kenape.Ah lantak la.Lalalala.http://www.emoticonizer.comBreakfast asyik makan roti kadang-kadang biskut,hish tak de benda lain.Bosan betul.http://www.emoticonizer.com.Pastu kalau aku order nasi aku mesti order separuh.Akak kedai tu pun dah tau dah kalau dia nampak muka aku.Sure dia akan tersengih-sengih masa amek order tu.Bukan diet eh!Kalau aku makan luar dengan family pun aku memang makan tak habis,selalunyer Mr Papa la yang habiskan.Ermm jimat duit.
Bye,adios.

www.tips-fb.com

Sunday, July 25, 2010

Sub Story(Part 2)

Assalamualaikum wbt


Okeh sambung yang ni.Kali ni nak cite pasal hostel pulak.Roomate aku ada 3 orang.Sorang PERAKian(Cik Putt),orang KL(Hanna) dan sorang lagi terbang jauh dari Sabah(Azi).


bukti kitorang tengah study.Meja sepah gile!hehe.

tempat puteri raja beradu. (=

Cadar aku warna pink ok.So,jangan jealous eh!Aku tak boleh tido tanpa bantal kecik tu.Bantal kecik tu takde peta macam bantal kesayangan korang eh.Sebab tu bantal untuk kepala eh.Tanpa bantal tu aku tak boleh tido dengan lena ok.

locker

Sikit kan barang aku.Korang nampak jer sikit.Actually,banyak kot.Dalam kotak besar ada t-shirt ngan baju(penuh ok),dalam kotak nike tu ada benda-benda yang tak da dalam kotak besar tu.Lalalalahttp://www.emoticonizer.com.Pastu baju-baju kurung semua aku letak dekat locker kosong kat belakang.Hehe suka hati jer.Tu je la,actually tengah takde idea ni.


Bye,adios nak balik hostel ni.

www.tips-fb.com

Sub Story

Assalamualaikum wbt

Entry ni kira macam sub story ini dan ini.hehe.Kelas aku bermula pada tarikh 19 Julai hari tu.Lecturer aku sorang orang melayu(Malaysian) tiga orang India(Import dari India ye).Memang tak pandai berbahasa Melayu.Sepanjang kelas memang kena speaking ar jawabnyer.Hari tu ada sorang coursemate aku ni(aku dah tak ingat sape),dia ada soalan untuk diajukan tiba-tiba dia tertanya dalam bahasa melayu,apa lagi kitorang sekali ngan lecturer tu ketawakan member tu.Lepastu dalam kelas kitorang kena betul-betul fokus,sebab pronunciation lecturer kitorang tu agak sukar difahami jugak la.Kelas aku mula pukul 8:00 a.m. habis pukul 5:00p.m.Fuh lama kan.Sabar je la.Belajar punyer pasal.Tapi ada la jugak berhenti-berhenti kejap.Mengantuk jangan cakap la.So, aku pun beli la sabun ni.


Aku pakai kat muka jer ok.Harga nyer RM10.Saiz kecik jer pun.Topup berpuluh-puluh hinggit boleh,takkan nak beli sabun ni pun tak mampu kan.So,kena la sacrifice duit topup tu sikit.Hari first aku pakai sabun ni memang mengantuk habis gile la dalam kelas.Dalam peraturan tu suruh tidur 8 jam tapi aku 7 jam pun tak cukup.Esoknya aku tidur 7 jam++ baru la ok sikit dalam kelas.Tak de la mengantuk sangat.Agak segar-bugar jugak la aku lepas pakai sabun ni.
Antara subjek-subjek aku dengan cousemate aku kena ambil ialah Anatomy,Fisiology,Behavioural Science,English,Mandarin,Physics(next sem kot),Pengajian Islam,Entrepreneurship lagi apa eh?Tak ingat la.Hehe.Basically,Anatomy ngan Physiology tu belajar ada dalam subjek Biology form four & form five,tapi kali ni more detail la.Hari pertama kelas kitorang dah kena melukis tulang yang sememang nye complicated.Masa sekolah dulu asyik photostat je kan,sekarang padan muka kena lukis pulak.Tapi kan bile dah kena lukis sendiri ni aku rasa bagus jugak,at least dapat jugak la aku menghafal nama bones dan segala bagai yang kitorang belajar tu.Kitorang kena ambil subjek mandarin sebab nanti kalau nak apply hospital swasta kira kitorang ni macam advance sikit la.Sebab majoriti patient kat hospital swasta ni kan chinese,ada sesetengah daripada diorang ni tak pandai berbahasa melayu mahupun inggeris so kena la speak mandarin kan.Cikgu bahasa mandarin tu cite kat kitorang,dia pernah jumpa sorang chinese woman ni(old lady) dia sanggup berulang-alik dari kl ke ipoh dia kate sebab hospital kat kl tak macam kat KPJ staff kat situ pandai berbahasa mandarin.Aku memang salute ar kat KPJ sebab service kat situ memang terbaik.Sampai-sampai je penyambut tetamu tu dah tersenyum lebar sampai ke telinga.Dah macam kat hotel weyh.Subjek Entrepreneurship pulak wajib diambil sebab untuk mendedahkan para pelajar tentang bidang keusahawanan.Contohnye macam kalau kite ambil course farmasi,nanti senang la kalau nak bukak farmasi.

Okeh sambung part 2 nanti eh.Bye...

www.tips-fb.com

Minggu Orientasi (Part 2)

Assalamualaikum wbt.

Jom sambung entry semalam.Pada sebelah malamnya pula kitorang ade aktiviti Kembara Jalanan.Benda ni kalau takde memang tak lengkap la sesuatu program tu.kalau korang biasa pergi kem ke,apa ke,mesti ada aktiviti ni.Ala aktiviti ni yang tengah-tengah malam kena duduk sorang-sorang kat tepi hutan/dalam hutan dalam tempoh beberapa jam.Selalunye satu jam la kan.Mase aktiviti ni dijalankan cuaca tak berapa nak baik,hujan renyai-renyai.Angin jangan cakap la,memang sepoi-sepoi bahasa.Sejuk weyh,menggigil!Tambah lagi resort betul-betul kat tepi laut.Dah la kena duduk kat atas rumput yang sememang nye basah,ala kalau tak hujan pun sure basah punyer,ye la tengah-tengah malam mesti la rumput tu berembun kan.Masa kena duduk sorang-sorang tu macam-macam ayat la yang aku baca,surah tiga kul,ayat kursi,selawat la dan segala bagai yang aku tau baca jer.Agak takut jugak la,tiba-tiba kang ada benda lain pulak yang "temankan" aku.Sampaikan aku terlelap tuk beberapa minit,pastu terjaga tiba-tiba terdengar bunyi air-cond.Sah-sah aku duduk kat tepi chalet ni.Haha.



Tiba-tiba aku terdengar ada minah ni terpekik terlolong memanggil faci,
"Faci-faci help me!help me!"
tah apa-apa lagi la yang dia cakap aku pun tak berapa nak dengar,tergedik-gedik panggil akak faci.Dari suara dia aku tau tu suara an indian girl kalau chinese girl suara dia lain ma!Dah lepas satu jam++ faci-faci "kutip" balik kitorang.Nasib baik aku tak lupa password.Kalau tak kena tinggal sorang-sorang la aku kat situ.
Password : Fatimah Juling
Faci akan cakap Fatimah.Kitorang kena cakap Juling.Password ni untuk mengelakkan "benda" lain yang ikut kitorang.Lepastu faci yang "kutip" aku tadi bawak aku kat member-member yang lain.Mereka ialah Dayang,Hazilah sorang lagi Atikah ke Athirah,tah la aku pun tak sure.Hehe.Sorry babe!Kitorang kena duduk dalam satu bulatan.Then ada satu akak faci ni datang dia tarik tangan aku sambil cakap,
Fatimah 
tapi aku buat bodoh je sambil tarik tangan aku dari pegangan dia,yang member aku yang lain suruh aku cakap
Juling
tapi aku still buat bodoh.Aku dah lupa ma!Haha.Tah berapa banyak kali deme suruh aku cakap Juling,last-last baru aku cakap.Maybe aku mamai kot time tu.Aku rasa kalau akak faci tu tak sabar,tak pasal-pasal aku kena makan penampor.http://www.emoticonizer.comhaha.Pastu kitorang dibawa ke tempat di mana peserta-peserta lain dikumpulkan.Aktiviti tu habis dalam pukul 2:15 a.m.Lepastu esok pukul 5:30 a.m. dah kena ada kat dewan,tuk solat subuh berjemaah.Memang penat,tido memang tak cukup.Psstt psstt aku tak mandi pun pagi tu.http://www.emoticonizer.comHaha.Tak sempat weyh!Aku rasa ada lagi yang tak mandi.Perkara biasa la kalau tak mandi time-time mcm ni.Pukul 6:30 a.m.++ balik bilik baru mandi,pastu packing barang balik kampus.Tapi rugi betul la,pergi laut tapi tak mandi laut.Pantai kat situ tak landai opposite bagi landai ape?curam eh?whateva la!pantai dia tak sama macam kat teluk batik.Nama pun Teluk Dalam!
Best okey,tempat korang ada minggu orientasi kat luar kampus?Jarang kan ada IPT yang buat minggu orientasi kat luar kampus.


www.tips-fb.com

Saturday, July 24, 2010

Minggu Orientasi

Assalamualaikum wbt

Wah dah lamenyer tak update blog,since 11 Julai 2010.Okeh kali ni aku nak cite pasal aktiviti-aktiviti sepanjang dua minggu.Dari 12-18 Julai 2010 adalah minggu orientasi untuk pelajar-pelajar baru.Macam kat IPT-IPT lain la jugak,seminggu mesti ada sesi orientasi untuk mendedahkan pelajar-pelajar baru dengan suasana-suasana kampus.Kena tau mane satu,Multipurpose Hall(MPH),Exam Hall,Lab,Library,pejabat,toilet dan tempat-tempat lain.Lepas tu,nak kenalkan pelajar-pelajar dengan Dekan,Pensyarah,Exco-exco dan kakitangan-kakitangan yang lain.16-18 Julai sesi orientasi kiteorang dijalankan di Teluk Dalam Resort.Best weyh!Aku ingatkan deme kelentong tido kat resort.Selalunyer minggu orientasi ni student baru asyik kene ragging jer.Aku ingat lagi ada satu jiran aku ni dia masuk kolej islam mane tah,pastu tengah malam-malam senior paksa diorang turun tido kat tengah padang,dah la hujan.Haish kesian.Apa yang aku nampak kat kampus aku ni senior-senior ok jer,tak jumpa pulak yang kaki buli.Maybe sebab dah matang kot,dah pandai fikir yang mana baik yang mana buruk.


Masa orientasi kat Teluk Dalam Resort tu ada dua aktiviti yang boleh dianggap menarik bagi aku.Game Blind Treasure Hunt.Dah name game nyer pun blind sah-sah lar semua player kena tutup mata kan.Game tu macam ni,dalam setiap group kena beratur ikut group masing-masing.Tapi sebelum game tu bermula leader kena sorokkan barang(yg dianggap barang berharga tuk sesuatu group).Lepastu kitorang kena cari balik barang-barang tu,tanpa terpisah dgn ahli group sendiri.Mesti korang tak faham kan?Haha,buat-buat paham je eh.Ada la satu minah ni datang dari group lain dia ni kira nyer macam trouble maker la untuk pisahkan kitorang,aku rasa indian girl kot,sebab aku dengar suara dia.Tah macam mana dia nak tarik,aku nak pisahkan dari group aku pastu aku terpegang tangan dia,then aku tarik bulu tangan dia.Haha padan muka ko!http://www.emoticonizer.comTerjerit-jerit minah tu.Letih wo game ni kita kena tau yang mane satu ahli group kite.Dalam game ni communication skill tu penting sangat.Ade jugak aku dengar-dengar ada group yang nak terjatuh kolam.Kalau jatuh sah-sah lencun la kome.

Okeh sambung Part 2 nanti eh.Bye,adios..

www.tips-fb.com

Sunday, July 11, 2010

Tangan Yang Kelam-kabut Menulis

Assalamualaikum wbt

Menurut entry pagi tadi aku ingat aku boleh balik hujung minggu ni.Nampaknyer harapan aku meleset :( .Sebab hujung minggu ni ada program kat sebuah pulau.Ape tah name program tu.Tapi ade  perkataan silaturrahim.Huhu bestnyer dapat mandi laut!Dah lame tak mandi laut.Perak betul aku ni.Lalalala.Hostel aku sebelah masjid,dekat dengan kedai makan,mcd,kfc tak la aku kebulur nanti.Haha.Ade sorang pak cik ni cakap:

Seronok la kome.Nanti bulan puasa boleh serbu more kat masjid sebelah ni.

Hehe idea menarik tu.Yang pasti kalau azan subuh sure akan terbangun punyela.Jimat battery fon aku.Yes!Ade pokok rambutan pulak tu,buah dah kuning tak lama lagi masak la tu.Hai sape punye la pokok tu ye?Kalau tau sape tuannyer boleh la pergi mengendeng.Haha tak tau malu betul.Pasal cerita yang aku dengar handphone kena rampas tu harap-harap tak betul la.Hish tak boleh hidup la kalau tak de handphone ni.Even handphone aku cikai je,tapi die dah banyak berbakti untuk aku.Jangan jadi kacang lupakan kulit!

Tangan yang kelam-kabut menulis,
www.tips-fb.com

Cuti Panjang Berakhir

Assalamualaikum wbt

Dah tujuh bulan lebih aku bercuti.Wah seronoknya!Maka hari ini dengan rasminya cuti yang panjang tu telah berakhir,dah kena pergi mendaftar ke Institut Pengajian Tinggi.Macam-macam perasaan ada...takut,gembira,sedih, dah macam acar buah.Kalau acar buah pun sedap kot.Hehe.Dengar kata handphone kena rampas selama seminggu.Adoyai!http://www.emoticonizer.comNasib baik aku dah buat backup semua nombor.Kalau tak buat backup mesti aku tak ingat punye.Aku ingat empat nombor je dalam dunia ni.Hehe.No aku(of course),Mr Papa,Home sweet home,pastu 999,yang lain-lain semua aku tak ingat.Haha.Kadang-kadang flat kereta Mr Papa pun aku boleh confuse.http://www.emoticonizer.comMasa aku sekolah rendah dulu agak banyak jugak la aku hafal nombor telefon member.Dekat sepuluh orang kot,tah aku pun tak ingat,yang pasti banyak la.Ye la dulu pakai telefon rumah je kot.Sekarang orang dah pakat pakai handphone.Dunia dah berubah.Telefon rumah ada tujuh nombor,handphone ada sepuluh!

Maka dengan itu,aku rasa paling kurang seminggu kot aku tak boleh blogging,blogwalking,facebook-ing,ym-ing,myspace-ing.Semua lah yang ada -ing.Semua akan aku anak tirikan.Hehe.Myspace tu dah lama aku anak tirikan.Haha padan muka ko.http://www.emoticonizer.comTu pun kalau boleh balik hujung minggu ni.Bukan nyer jauh pun,seberang lebuhraya utara-selatan je.Mr Papa ngan Mrs Mama tak kasi aku bawak lappy.Lagi pun aku belum jadi penternak beruk lagi,macam korang.Majoriti dah jadi kan.Lalalala.Ok la bye aku nak bersiap!

www.tips-fb.com

Thursday, July 8, 2010

Jom beli!

Assalamualaikum wbt

Semalam aku pegi fan page remaja,tup tup aku nampak Yuna jadi cover girl.Malam tu jugak aku terus pegi kedai.Hehe.

nampak tak header fb aku tu kale pink?Korang pun boleh buat ikut warna kesukaan korang.Jom pegi blog huda tuk belajar!

Ok sambung balik.Sejuk wo malam tadi.Dah la naik motor tak pakai sweater.Haha lupe.Untuk mengelakkan kesejukan aku pun bawak motor 15km/j.Haha.http://www.emoticonizer.comSejuk weyh!Sampai je area rumah aku lagi la lembab aku bawak motor,10km/j jer kot.http://www.emoticonizer.com.Ketaq-ketaq gigi aku.Selalunyer tak de la aku bawak motor laju macam ni.Aku bawak dalam 50km/j ke 80 km/j kat area umah aku ni.Tak boleh bawak laju sangat sebab budak-budak kat umah aku ni bila nampak je orang nak lalu tak kire la bawak motor ke kereta ke dan-dan tu jugak la deme nak melintas.Kalau yang tengah main bola pulak dan-dan tu jugak nak sepak bola ke tengah jalan.Kalau dah namenyer budak-budak,memang macam tu la pe'el deme.Dah lame aku tak beli remaja ni,dah setahun lebih kot.Kalau beli tiap-tiap bulan buat semak rak buku aku ajer,bukan tu ajer silap-silap boleh buat poket aku kering-kontang macam dilanda musim kemarau.

3 sebab korang kene beli:
  •  Selain Yuna ,Ana Raffali pun ada
  • Sesiapa yang tengah buntu tak tahu nak beli antivirus ape kat ms137 ada senarai 10 antivirus terbaik 2010
  • Korang yang suka dengan kuiz boleh bukak ms 112 ada kuiz Twiligt Saga Eclipes.
 

www.tips-fb.com

Tuesday, July 6, 2010

Kartun dulu-dulu (Part 2)

Assalamualaikum wbt

Entry yang lepas aku ada janji kan aku nak sambung cerita kartun dulu-dulu kan.Kali ni aku nak cerita pasal Keluang Man.Sebelum tu jom jumpa Pak Cik Wiki kejap.Lagu tema Keluang Man best kan.Sekali jer dengar boleh hafal dah lagu tu.


Thanx imanzali52

Dia bagai seorang pahlawan
Menjadi pembela
Pada yang tiada upaya
Dengan ketangkasan langkah pergerakannya
Menewaskan musuh yang membuat angkara

Dialah satria
Biarpun di mana jua
Dia datang di kala malam tiba
Melakukan tugas mulia

Di desa juga di kota
Dia datang memberikan baktinya
Demi hidup aman sejahtera

Keluang Man
Keluang Man
Keluang Man



Korang tengah buat ape tu?Nyanyi eh?Hehe.Aku cari-cari jugak mana-mana episod yang best tapi tak de la.http://www.emoticonizer.comLagi satu Dragon Ball.


Aku suka tengok mase Goku kecik-kecik je.Dah besar tak best ar.Haha.Aku tak suka watak atuk tu.Suka sangat baca majalah yang ade gambar pompuan seksi-seksi.Dah tua-tua pun gatei lagi.Hish emo pulak aku.http://www.emoticonizer.com.
Sebenarnye ada banyak lagi cite kartun yang best-best.Ape kate korang pulak buat entry versi korang!Sape yang sanggup,cepat buat.Hehe.

www.tips-fb.com

Monday, July 5, 2010

Kartun Dulu-Dulu

Assalamualaikum wbt

Korang suka tengok kartun?Mesti suka kan.Dulu cerita kartun waktu pagi je kan.Petang-petang tak de kan.Aku rasa je la sebab aku tak pernah tengok kartun waktu petang.Sebab kepada sebab aku tak tengok kartun waktu petang sebab aku dok merayau cari member ajak main tegek selipar.Hehe.Ingat tak Usop Sontorian?Ala yang gigi ada empat batang tu.Kesian,tak gogok gigi kot.Hehe.Jom buat date dengan Pak Cik Wiki kejap,flashback sikit memori korang.Ni vidoe yang aku jumpa kat Tiub U.Thanx eh zaidswk1992.



Dialog tak boleh bla

Pak Cik:Kalau tak silap kamu ni anak pak man PJK ni,ni kan?
Usop:Eh magic nyer mcm mane pak cik tahu?
 *
*
*
Member Usop:Pak Cik boleh tolong berhentikan kami kat satu tempat tak
Pak Cik:Kamu nak pergi mane?
Member Usop:New York!
Pak Cik:New York?

Best nyer mandi dalam kolah.Macam swimming pool weyh!
Nanti bila-bila aku sambung kartun lain pulak eh.Babai.http://www.emoticonizer.com

www.tips-fb.com

Saturday, July 3, 2010

Drama Terakhir Brazil

Assalamualaikum wbt

Kesal betul tengok Brazil semalam.Nah la layan.Sebelum tu mari sini dulu.





Kemungkinan warna ni yang bawak malang kepada brazil.http://www.emoticonizer.comhehe suka hati je.Kalau pakai warna kuning kan elok.


woi ni football bukan handballhttp://www.emoticonizer.com

sebab aksi brazil yang pincang touchline jadi mangsa

senaman aerobik

Bola paling besar pernah aku nampak

rambut KAKA macam sirip ikan


Belanda menang sebab tuah je.http://www.emoticonizer.comKalau tak sebab Melo terjaringkan gol di gawang sendiri,belum tentu Belanda layak ke separuh akhir.Melo ni terlebih minum Milo tu sebab sampai kena kad merah.

credit to Fifa dot Com




www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...