Friday, December 23, 2011

Eh result exam la

Assalamualaikum wbt

Salam jumaat awak-awak semua.Bangun-bangun dah pukul 10 ni.Sebentar tadi aku telah meramahkan diri menelefon kolej untuk mengetahui berkenaan keputusan peperiksaan yang lepas.Apehal skema sangat ayat ni??Ok abaikan ye.



Syukur alhamdulillah,semua subjek lulus,CGPA ade peningkatan.Even mase hari exam tu aku kena diarrhea,setiap 5-10 minit asyik berkunjung ke toilet je,toilet tu jadi macam destinasi pelancongan aku je =_=" Dah la hari tu tengah exam OSPE,hai tahan je la.Tak senonoh kan cerita pasal cirit.haha.Sorry lah kepada sesiapa yang tengah makan tu.haha.Malam sebelum tu menangis aje aku,sebab sakit sangat,dah la mase tu tengah study.Aku hampir-hampir nak give up dah.Thanks kawan-kawan yang bagi semangat kat aku.SAYANG korang.muahmuah.weee ~ 

Wahai kakak-kakak cantik,abang-abang macho and adik-adik comel sekalian satu je pesan aku,ape-ape pun kalau kita sakit time exam,semangat mesti kuat.Insyaallah tuhan akan tolong kita.Niat mesti betul.And masa ni jugak lah kita boleh differentiate yang mana satu kawan time senang je and kawan time susah dan senang.

p/s : wahai jejaka-jejaka kat luar sana,pergi solat jumaat ye,jangan nak memonteng pulak.
www.tips-fb.com

Friday, December 16, 2011

Exchange Link

Assalamualaikum wbt

Eh ade segmen Exchange Link lah,
jom tengok sini.
Meuz Angelo nak join lah.
hehe.



www.tips-fb.com

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday-Part 4


Description:sesak www.tips-fb.com

Wednesday, September 7, 2011

Wordless Wednesday-Part 3


Description:nyumnyumnyum www.tips-fb.com

Monday, August 29, 2011

Lumrah Dunia


Assalamualaikum wbt

Dikesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika terdapat kesalahan sama ada secara zahir mahupun batin.Saya selaku manusia biasa tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.Ingatlah bahawa sesungguhnya tangan yang memberi adalah lebih baik daripada yang menerima.
Chill guys!

SALAM AIDILFITRI (=

www.tips-fb.com

Wednesday, August 17, 2011

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday-Part 1


Description:agak-agak dedeb tengah cakap ape ye?? www.tips-fb.com

Tuesday, August 2, 2011

Tips Elakkan Mengantuk di dalam Kelas

Assalamualaikum wbt.

Mengantuk dalam kelas?Inilah masalah utama student.Tak kira la budak-budak sekolah ke,penuntut institusi pengajian tinggi ke.Semua sama je.Kankankan!Selalunya lepas 30 minit mesti ada yang dah terlelap kan.Tak pun ada yang menguap sampai mata naik berair macam orang baru lepas menangis.Hish kesian  =")


Jom aku tolong korang settlekan masalah korang tu.

1) Tidur
Ni aku confirm mak selalu nasihatkan korang supaya selalu tido awal kan.

Mak : Along tidur,dah lewat ni!Esok ade kelas kan.
Along : Okey.(sambil mentup lampu)


Si mak percaya la anak dia tu dah tidur.Padahal duk berdota lagi.Kankankan?Baik mengaku!Kalau busy siapkan assignment tak pe jugak.Lepas tu esok dalam kelas mula la tersengguk-sengguk macam berzikir.
Pastikan korang dapat tidur yang cukup ye.

2) Makan

  • Sebelum pergi kelas pastikan korang breakfast dulu.Sebab ada sesetengah orang kalau korang lapar dia mengantuk.Elakkan breakfast dengan makanan yang berat.Contohnya macam nasi lemak.Sebab kalau terlampau kenyang pun boleh buat mengantuk.Ini kelas pagi je la.Kalau kelas petang pulak dalam pukul 2 petang ke,aku syorkan jangan makan nasi!Kalau nak makan jugak makan sikit je,janganlah terlampau kenyang.Based on pengalaman aku la,bila aku lunch nasi je,mesti mengantuk dalam kelas.Kalau tak makan nasi confirm segar-bugar.Gantikan dengan roti ke,biskut ke,kuih ke.Kalau korang ada gastrik jangan sesekali ikut cara aku.Naya je perut korang nanti!
  • Kalau still mengantuk lagi,beli la gula-gula ke.Macam mentos.Jangan la korang makan toblerone pulak.Nanti kantoi pulak dengan cikgu/lecturer korang.Jangan ikut macam aku,pernah sekali tu aku bukak mentos dari bekas pembalut.Entah macam mana mentos tu boleh pulak jatuh bergolek-golek betul-betul dekat dengan kaki lecturer aku.HAHA.KANTOI.Member-member aku siap duk gelak lagi.Nasib baik lecturer aku tak marah.Hehe.

    3) Buat la apa-apa yang korang suka
    • Maksud aku macam ni.Ada sesetengah orang dia goyang-goyang kaki dia.Ni habit member aku sebenarnya.Tapi aku pun dah terikut-ikut.Hehe.
    • Ada yang berdiri(ni selalu aku buat masa kat sekolah dulu).Tu pun kalau cikgu korang jenis yang tak kisah anak murid dia berdiri.
    • Ambil satu kertas then korang conteng-conteng.
    • Mintak tolong kawan korang,tumbuk belakang korang.Jangan sampai lebam sudah.
    • Pergi toilet cuci muka.
    • Pernah jugak aku despreate sangat,aku tido 5 minit masa lecturer tengah mengajar(aku suruh member aku tolong kejutkan).Kerek kan.Nak buat macam mana,sebab aku dah tak boleh nak controll mengatuk tu.Lepas 5 minit tu,segar je aku.~ngee.Kalau lecturer korang jenis yang sangat garang,better jangan buat.Nanti tak pasal-pasal kene halau.Jangan salahkan aku pulak.Kalau nak lagi selamat better jangan buat!HAHA

    Apa-apa pun sebelum pergi kelas tu mulakan dengan niat yang baik.
    Your life,Your choice!
    SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.
    PUASA JANGAN TAK PUASA!

    www.tips-fb.com

    Friday, May 6, 2011

    Tak Update blog,kenapa ye?

    SALAM,

    yeah it's MAY,lamennye tak update blog =_="
    sebab utama ---> tangan aku tak rajin nak menaip,hehe.kan bagus kalau aku rajin menaip macam Nisa Kay.
    hari-hari update blog.
    sebab kedua ---> weyh exam is just around the corner.Sesetengah orang suka study awal-awal kan,tapi aku suke study last minute,sebab it's more challenging.http://www.emoticonizer.comHAHA.

    orite,bye got to gohttp://www.emoticonizer.com



    www.tips-fb.com

    Tuesday, February 1, 2011

    Ketenangan diragut

    PERISTIWA PERTAMA

    Pada suatu pagi yang ceria disebuah kelas,tiga orang budak hitam dilanda kelaparan dek kerana terlalu lama duduk didalam bangunan yang pendingin hawa nye pergh sejuk tak hengat dunia.Perut masing-masing dah terpekik terlolong minta diisi.Salah satu daripada budak hitam berkata "weyh cpt la CIK PUTT,HANNA...lapar ni".Lalu dua orang budak hitam tersebut berlari-lari mendapatkan kawan mereka yang seorang itu.Mereka bertiga mendahului rakan-rakan yang lain.

    Sampai sahaja dihadapan lift belum sempat butang lift untuk turun ditekan tiba-tiba lift terbuka.Ahha,masing-masing dah gelabah.Oleh kerana perut masing-masing semakin hebat terpekik mereka pun tidak menghiraukan perkara tersebut.Lift pun turun lah macam biase.Dari tingkat 15,14,13 ...tiba-tiba lift terbuka di tingkat 12...salah seorang budak hitam berkata,"aku tak tekan tingkat 12 pun".Keadaan gelap-gelita menambahkan keresahan dihati mereka.Dah la tingkat tu tak berpenghuni.Lalu salah satu budak hitam tu pantas menekan button CLOSE dengan kuat.Kalau tambah lagi sikit force tuk tekan button tersebut aku rase boleh stuck button close tu.Alih-alih, tak boleh bukak langsung lift tu.Akhirnye,sampai jugak tingkat satu.Huh lega.

    *korang penah terbayang tak korang naik lift tiga orang je,tiba-tiba button full bernyala(menandakan dlm lift tu dh penuh).Grrr scary doe.=_="

    *******************************************************************************

    PERISTIWA KEDUA

    Peristiwa berlaku di kedai pak leman.Tempat dimana tiga orang budak hitam selalu mengisi perut mereka yang buncit.Dua orang budak hitam sedang menunggu seorang budak hitam membasuh tangan di sinki.Oleh kerana terlalu lama menunggu dua orang budak hitam tersebut melihat telatah-telatah manusia yang berada di kedai tersebut.Tiba-tiba mata mereka terlihat suatu peristiwa dimana Si N(bukan nama sebenar) telah ditinggalkan oleh kawan-kawannye di sebuah meja makan.Datang beberapa orang jejaka(pak cik sebenarnye,haha) duk mengusik-usik Si N tersebut.Apalagi gelabah la Si N tersebut.Beliau mula makan dengan sopannye sambil memberi senyuman yang paling manis.Semanis gula-gula kapas.Alang-alang boleh jadi calon menantu kot.haha.Dua orang budak hitam yang melihat peristiwa tersebut dok tergelak-gelak tak hengat dunia.Salah seorang budak hitam berkata "padan muka ko N****,suke kenakn orang lagi".Haha.

    *jgn marah ye Cik N http://www.emoticonizer.com www.tips-fb.com

    Sunday, January 9, 2011

    Movie wajib tonton 2011

    Assalamualaikum wbt

    Hey guys.Salah satu filem yang korang wajib tonton 2011...
    PARANORMAL ACTIVITY 2,serius best weyh,tak rugi aku menggadaikan RM13.hehe.Aku bagi 5 star tuk movie ni.Housemates aku la yang suggest cite ni.Aku tak tau pape pun pasal sinopsis cite ni.haha.Bile dengar je perkataan PARANORMAL tu,aku terus excited.Padahal penakut.ceit =_=".Sape2 yang ade duit lebih tu,tengok la cite ni,confirm korang tak menyesal.hehe. www.tips-fb.com
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...