Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Tuesday, January 1, 2013

Selamat datang 2013

Selamat tinggal 2012,hari ni tahun baru 2012,lupa kan semua perkara-perkara yang tak penting,peristiwa-peristiwa pahit.ecece pahit la sangat.mulakan hari dengan senyuman.azam tiap-tiap tahun 'nak kurus',azam yang tak penah miss.haha.

alhamdulillah dah dekat 21tahun aku rahsiakan satu benda ni,takde sorang pun tau.bila orang tanya,aku senyum je tanpa diiringi apa-apa jawapan.andai kata satu hari ada orang tau,orang tu akan jadi orang pertama yang bertuah.insyaallah.

kepada adik-adik,selamat kembali ke sekolah.katekan yeay!!

*dah lame tak update blog.terasa awkward sgt =.= www.tips-fb.com

Sunday, July 22, 2012

Umpama ikan paus tersadai di tepi pantai =")

Assalamualaikum wbt

Perkara yang selalu berlaku kat orang lain tiba-tiba berlaku kat diri aku sendiri.Lately,bila aku bawak kereta tu memang ada bunyi something yang buat aku rasa gelabah la kan.Especially bila bukak aircond.Around pukul 5:30ptg aku ngan Hanna pergi la bazar ramadhan kat stadium indera mulia.Betul-betul depan bazar ada sorang abang ni suruh berhenti.

Abang 1 : berhenti-berhenti berasap tu!

Aku pun tengoklah,memang berasap pun.So,terpaksalah berhenti kat tepi bazar yang jem,kanan kiri ramai orang =_____=".Ada sorang lagi abang dengan gelabahnye datang dekat pintu aku,

Abang 2 : bukak-bukak boot tu!

Abang tu panic gile,aku pun terpanic sekali sebab tengok die panic! =________="

Kitorang pun berhenti la kat situ yang memang orang dah ramai and jem kitorang datang menambah jem lagi.Aku tengok temperature,memang dah rise =.= Dalam 15minit macam tu ade pulak dua orang mamat ni .Abang-abang tadi dah balik.Depa tanye

Mamat baju putih : kenapa ni??
Aku : temperature naik and berasap
Mamat baju putih : air kering kot,ada air,ha isi air.Sorry la tak boleh nak tolong.Selamat berbuka puasa.

Emmm kau dah tanya problem kitorang tu consider tolong la jugak kan.

Baru nak isi air ni,actually takut nak bukak tangki tu,
takut air dalam tu memancut =(
Datang satu kereta,kete ape tah tapi kale silver.

Mamat baju biru : kenape ni deq??
Aku : temperature naik,air kering kot
Mamat baju biru : berape lame dah??
Aku :15 minit macam tu.
Mamat baju biru : Ada air??
Aku : aku tunjuk hanna pegang airMamat baju biru : Ha isi la
Aku : takut air tu memancut.(dengan muke takut,memang x boleh bla=.=)
Mamat baju biru : tak...die bukannye puasa pun.(member dia kat sebelah dengan kat belakang dah gelak-gelak.Sempat lagi buat lawak =________=")
Aku ngan Hanna : geleng-geleng kepala+muke takut


So die keluar dengan muka macam bengang je.hehe.die pun mintak botol air.
Then die bukak la tangki tu,

Mamat baju biru : tak memancut pun??

Die mintak kunci kereta and start and start kete.Huh lega dah ok.

Aku ngan Hanna : terima kasih (=


Terus bla,pergi sabar menanti beli air mineral isi lagi.Nasib baik la ada hamba Allah yang sanggup menolong.Tapi sebelum mamat baju biru tu datang ada sorang hamba Allah ni,boleh pulak cakap,
"bawak kete tu kedepan,jem ni".dah la cakap marah-marah.Eee aku memang tak boleh terima betul la orang macam ni!kau lelaki senang la cakap.cakap macam orang yang tak berakal!tak pernah rase orang penggal kasut kat die agaknye!

Takde mood nak pergi bazar.Beli mcd je =(
Dugaan 2 Ramadhan.ceh!

www.tips-fb.com

Sunday, February 12, 2012

Runsing =")

Assalamualaikum wbt,

dekat seminggu dah hati aku rase runsing,sebak,
kenape ye...
mungkin tuhan tengah menguji aku kot...

"Allah tidak menguji seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."

memang pada luarannya aku nampak happy,macam takde problem langsung,tapi hakikatnye tak seperti ape yang korang nampak.

kadang-kadang kita ni lalai,selalu lupe pada PENCIPTA =")
masa kita tengah marah,sedih,runsing,masa ni jugak la syaitan datang menambahkan kerunsingan kita.

Ya Allah… dengan telah kami maafkannya mereka, berkatilah hati kami agar semua kebencian, dendam, sakit hati, ketidakpuasan, kejengkelan & emosi-emosi negatif lainnya yang disebabkan oleh orang lain, semuanya dibersihkan & dikeluarkan dari hati kami untuk digantikan dengan cahaya & kasih sayangMu.
doa penenang hati 
www.tips-fb.com

Thursday, January 5, 2012

Wordless Wednesday-Part 5


Description : be a person who can be trusted www.tips-fb.com

Friday, December 23, 2011

Eh result exam la

Assalamualaikum wbt

Salam jumaat awak-awak semua.Bangun-bangun dah pukul 10 ni.Sebentar tadi aku telah meramahkan diri menelefon kolej untuk mengetahui berkenaan keputusan peperiksaan yang lepas.Apehal skema sangat ayat ni??Ok abaikan ye.



Syukur alhamdulillah,semua subjek lulus,CGPA ade peningkatan.Even mase hari exam tu aku kena diarrhea,setiap 5-10 minit asyik berkunjung ke toilet je,toilet tu jadi macam destinasi pelancongan aku je =_=" Dah la hari tu tengah exam OSPE,hai tahan je la.Tak senonoh kan cerita pasal cirit.haha.Sorry lah kepada sesiapa yang tengah makan tu.haha.Malam sebelum tu menangis aje aku,sebab sakit sangat,dah la mase tu tengah study.Aku hampir-hampir nak give up dah.Thanks kawan-kawan yang bagi semangat kat aku.SAYANG korang.muahmuah.weee ~ 

Wahai kakak-kakak cantik,abang-abang macho and adik-adik comel sekalian satu je pesan aku,ape-ape pun kalau kita sakit time exam,semangat mesti kuat.Insyaallah tuhan akan tolong kita.Niat mesti betul.And masa ni jugak lah kita boleh differentiate yang mana satu kawan time senang je and kawan time susah dan senang.

p/s : wahai jejaka-jejaka kat luar sana,pergi solat jumaat ye,jangan nak memonteng pulak.
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...